Sunday, July 11, 2010

.::NEW - Tudung Akma::.

Satu lagi produk baru di ShawLisa : 

TUDUNG AKMA
(all sold out)


Material : Lycra & Shantung
Harga : dari RM35 - RM40

.:: News Update - July 2010::.

Hai kawan-kawan,

Dah lama giler ShawLisa tak update blog. Memang busy sejak Jun lepas. Busy cari material, mencari bahan untuk event July & August ni. Ada beberapa projek yang sedang berjalan sekarang dan itu mengambil masa ShawLisa daripada mengemaskini produk terbaru.

Antara project yang sedang berjalan ialah tender tempahan tudung seragam oleh salah satu penggiat organisasi MLM tersohor yang bakal mengadakan event penting mereka akhir minggu depan. So team ShawLisa giat membuat sample dan prototype tudung yg pelbagai untuk pilihan mereka sempena event tersebut. Alhamdulillah mereka bersetuju dengan idea ShawLisa dan kami bakal deliver tudung dan skaf mereka pada pertengahan minggu depan. InsyaAllah tudung yang kami deliver tu akan dipaparkan di blog tak lama lagi. :)

Di samping itu, project untuk July juga sedang berjalan, tetapi kami mengutamakan tempahan2 tudung dahulu. Tak lama lagi, selewatnya akhir July ShawLisa akan menampilkan koleksi custom made shawl yang terbaru, kali ini menggunakan material Chiffon. Kebanyakan bermotifkan floral dan abstrak. Nantikan kemunculannya :)

Project ketiga yang agak 'mega' yang bakal dilakukan oleh ShawLisa ialah buat pertama kalinya ShawLisa akan mengadakan jualan offline yang bakal bertempat di Subang Parade pada 8 & 22 Ogos ini (nak dekat puasa & raya daa). ShawLisa bakal mengambil bahagian sebagai salah satu vendor di I Love Bazaar yang dianjurkan oleh RYL Designs. ShawLisa sangat teruja dengan peluang ini kerana dapat bertemu dengan para pengunjung di Subang Parade. Inilah peluang untuk ShawLisa untuk berkenalan dgn kawan-kawan dan juga kalian dapat melihat sendiri produk di ShawLisa. Kami ada shawl, inners, aksesori, baju kurung, dress & blouse, serta kraftangan comel. Selain itu, para pelanggan bakal mendapat diskaun 10% untuk sebahagian daripada produk kami. Ekstra lagi, setiap pembelian akan mendapat cash & discount vouchers istimewa dari ShawLisa. So, jom ramai2 memeriahkan I Love Bazaar di Subang Parade dan jangan lupa singgah di booth ShawLisa (berdekatan dengan Foot Master) ya. :)


ShawLisa akan berlokasi di Booth #32 (dekat fitting room)



Sekian dulu buat waktu ini utk ShawLisa update berita terkini. InsyaAllah, ShawLisa akan update kawan-kawan lagi tentang aktiviti kami. Jangan lupa datang Subang Parade nnt ya! Sekian, terima kasih. 

Take care y'all :)
 
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »