Tuesday, March 23, 2010

.::Promosi-Buka-Kedai::.

Assalamualaikum wbt, hai semua Fans dan visitors ShawLisa !

Apa khabar anda hari ini? Lisa harap semua sihat sejahtera, dan happy bersama keluarga n rakan-rakan sambil menjalani rutin seharian. (kalau tak happy tu, cubalah buat-buat happy ya. Laws-Of-Attraction! ingat tu..hehe). 
Lisa di sini pula sihat alhamdulillah. 

Sejak kewujudan ShawLisa ni, setiap hari there's something to look foward to. Alhamdulillah, Lisa happy melihat warna-warna industri ini. Berkembang setiap hari, semakin ramai yang meminati fesyen berselendang ini. Tidak kurang juga shawlers yang menampilkan koleksi selendang dan tudung mereka untuk tatapan semua. bermacam design, beraneka warna! oh, semakin meriah.. baguslah kalau begitu. ia merupakan satu perkembangan yang positif. di samping dapat bergaya dengan selendang/tudung yang cantik2, boleh juga menjadi sumber pendapatan sampingan. yang paling utama ialah perkembangan ini secara tidak langsung sekurang-kurangnya telah mewujudkan satu kesedaran terutamanya kepada Muslimah untuk memakai tudung sebagai memenuhi tuntutan agama. bagus kan :) tapi biarlah berpada-pada kan. over berhias kalau tak kena gaya pun tak jadi juga. huhu.

Oh, terlalu banyak pula Lisa bermonolog, haha, hampir terlupa apa point utama Lisa bercerita hari ini. :)

Lisa bersyukur kerana semakin ramai yang menyedari kehadiran ShawLisa. Terima kasih banyak2 Lisa ucapkan. Sebagai penghargaan kepada semua Fans dan visitors ShawLisa, Lisa ingin berkongsi dengan you all semua :-




(1) Untuk 20 orang pelanggan pertama yang purchase item ShawLisa akan menerima HADIAH MISTERI secara PERCUMA! So, jom cepat-cepatlah menjadi antara 20 terawal yang memiliki shawls dari ShawLisa ya! Dapat free gift lagi :)




(2) Untuk semua purchase shawls yang melebihi 2 item dalam satu transaksi, Lisa akan belanja kos penghantaran. Haa, bukan selalu Lisa dapat belanja you all tau, hehe. So, moral of the story, belilah shawls banyak-banyak di ShawLisa ya! Kalau boleh sampai licin kedai ShawLisa ni. Hwwhwehwe.. :)


*Tips : kalau nak Lisa belanja kos penghantaran, pakatlah dengan kawan-kawan beli lebih shawls dalam satu transaksi. ok tak? ;)




(3) Setiap pembelian ShawLisa, bagi mereka yang teringin sangat2 nak beli tapi nak book dulu (sbb nak tungggu hujung bulan dapat gaji baru boleh buat payment, contohnya), ShawLisa ada Booking Policy yang membenarkan customer booking shawls yang mereka berkenan dengan syarat customer dikehendaki meletakkan deposit atau booking fee sekurang-kurangnya 50% daripada total RM purchase. 


Dengan itu, Lisa secara automatisnya akan reserve item tersebut sehingga full payment dibuat. Lepas dah buat full payment barulah Lisa akan deliver item tersebut ke alamat yang diberikan. Tempoh booking maksima yang dibenarkan ialah selama 2 minggu sahaja ya. kalau tak buat full payment Lisa akan buka semula item itu untuk jualan dan booking fee 50% tersebut serta-merta akan hangus/burn (minta maaf ya). Begitu juga untuk last minute cancellation, booking fee tersebut juga akan burned (kerana kos kerugian pihak ShawLisa).

Ya lah, Lisa faham n Lisa dah pernah rasa 'teringin-sangat-sangat-sampai-termimpi-mimpi-tapi-kene-tunggu' type of feeling. huhu.. teringat-ingat sampai nk tido pun susah (kes kronik tu). So, Lisa pun mengadakan Booking Polisi ini untuk kemudahan customers. So bersama-sama kita memanfaatkan kemudahan yang ada dengan sebaik-baiknya ya. SAY 'NO' TO VANDALISME & BACKOUT BUYERS!! (hehe, tetiba lak) ;)



OOOOKay, banyaknya Lisa berceloteh pada kali ni. Diharapkan semua berpuas hati dengan penerangan yang diberikan untuk menjadi panduan dan info semua. 

Akhir kata, sebelum Lisa mengundurkan diri, Lisa menyeru semua untuk sama-sama menyokong ShawLisa dan Lisa mengalu-alukan sebarang soalan atau komen dari you all tentang ShawLisa.

Sekian sahaja, Lisa ingin mohon ampun dan maaf jika tersilap kata terkasar bahasa. Sehingga berjumpa lagi dalam tulisan yang akan datang. 


Take Care you all dan wassalam. :)





"ShawLisa - One Step to Elegant and Hippy You!"

No comments:

Post a Comment

 
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »